Marah Disuruh Solat Jumaat,Remaja Tikam Dan Bakar Ibu Kandung Hidup Hidup|BUKIT TINGGI:Hanya karena disuruh malaksanakan solat jumaat, seorang remaja lelaki taufik hidayat 16 tahun sanggup menikam dan membakar ibu kandungnya hidup hidup hingga maut.
Kejadian yang berlaku jumaat 24.06.2016 tengah hari menjelang solat jumaat,mangsa Eni Derma 55 yang merupakan seorang guru sekolah menengah ditemukan maut terbakar di bawah pokok belakang rumahnya di kampung jorong giriang-giriang,bukit tinggi,sumatra barat. indonesia.
Mayat mangsa pertama kali ditemui oleh anak keduanya Rezki Wahyudi 25 ketika balik dari solat jumaat dia melihat bercakan darah di pintu belakang rumah mereka yang dalam keadaan terkunci.
Rezki pun akhirnya masuk melalui pintu depan dan melihat adiknya lari kedalam bilik mandi.rezki cuba memanggil ibunya dan mencari kebagian bilik dan dapur.
Dibagian dapur rumah mereka rezki menemukan bercakan darah dan melihat api sedang marah di bawah pokok coco,Ia kemudian mendekati dan memadamkan api tersebut,alahkah terkejutnya ia apabila melihat yang terbakar itu adalah ibu kandungnya.
Pihak kepolisian giriang giriang kurniawan membenarkan info tersebut”memang betul ada kejadian anak bujang membakar ibunya.kejadian di anggarkan berlaku sebelum solat jumaat dan diketahui selepas solat jumaat katanya ketika di hubungi pemberita.
Menurutnya motif pembunuhan terebut berpunca daripada pelaku yang marah ketika si ibu menyuruhnya untuk kemasjid melaksanakan solat jumaat.
Diketahui mangsa di tikam terlebih dahulu sebelum dibakar,kejadian itu di ketahui pertamakali oleh abangnya dan memberitahu kepada ayahnya sebelum melaporkannya kepada pihak yang berwajib.katanya.
Menurut siasatan awal didapati remaja lelaki taufik hidayat 16 yang ditahan oleh kepolisian, terlebih dahulu diperiksa tentang kejiwaan sebagaimana yang dilaporkan abangnya bahwa adiknya itu memiliki sedikit kelainan mental semenjak dua tahun lalu.
Manakala menurut jiran mangsa ,pelaku berkemungkinan besar memiliki kelainan jiwa,”dia juga tidak mahu pergi kesekolah,apabila penyakitnya kambuh ia selalu berperilaku kasar pada ibunya” katanya.