Beberapa bulan yang lalu menjadi viral di media sosial dan bualan hangat
dalam kalangan netizen dengan kisah seorang remaja berumur 18 tahun
telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 62 tahun.
Berkongsi kisah selepas berkahwin, beliau menjelaskan punca sebenar mengapa memilih suami yang 48 tahun tau darinya.
“Walaupun usia jauh berbeza namun saya kahwin dengan dia sebab saya sukakannya, bukan kerana duit atau terhutang budi.”
Itu pengakuan Nur Nasirah Mohd Nazri, 18, yang memilih Ismail Lombok, 66, seorang warga emas sebagai suaminya.
Nur Nasirah berkata, perkenalan mereka bermula kira-kira dua tahun lalu
apabila Ismail, seorang pesara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA) yang juga pekebun sering minum di restoran
ibunya, Salma Abdullah, 42, di Paka.
Ketika itu Nur Nasirah selalu berada di restoran untuk melakukan kerja-kerja dapur selain mengambil pesanan daripada pelanggan.
Kata Nur Nasirah, dia mula tertarik dengan perwatakan duda lapan anak itu yang sering bertanya khabar keadaannya dan keluarga.
Pada masa itu, dia tidak tahu bahawa Ismail turut menaruh hati padanya
dan dia melayan lelaki itu seperti pelanggan lain yang berkunjung ke
restoran milik ibunya.
Namun, sikap Ismail yang sanggup berterus terang kepada ibu bapanya dan
sedia menunggu untuk mengahwininya, berjaya membuka pintu hati gadis
itu.
Nur Nasirah ketika itu baru sahaja menamatkan persekolahan tingkatan lima.
“Biar apa orang hendak kata kepada saya namun saya terimanya seadanya, dia begitu mengambil berat dan menyayangi saya sepenuh hati.
‘Lagipun perkahwinan kami direstui keluarga, kami berkahwin dengan cara yang sah, ikut adat, cuma jarak usia sahaja berbeza, ia bukan penghalang cinta kami,” kata Nur Nasirah.
Selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua pihak, akhirnya
Nur Nasirah yang juga anak ketiga daripada lima beradik pasangan Salma
dan Mohd. Nazri Mat Kidi, 54, selamat diijabkabulkan dengan Ismail
dengan hantaran kahwin sebanyak RM7,000.
Majlis akad nikah berlangsung di rumah pengantin lelaki di Jalan
Santong, Paka kira-kira jam 10.30 malam, 18Mac lalu namun gambar-gambar
perkahwinan mereka mulai menjadi viral di media sosial dengan
ulasan-ulasan yang mempersendakan pasangan itu.
Sementara itu, ibu Nur Nasirah, Salma yang juga rakan baik Ismail yang
kini menjadi menantunya berkata, dia telah lama mengenali lelaki yang
dikenali panggilan Pok Wil kerana mereka tinggal sekampung.
“Selepas anak saya tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia berkali-kali meluahkan hasratnya itu, namun saya tidak memberikan keputusan kerana perlu berbincang dengan Nur Nasirah dahulu.
“Akhirnya Nur Nasirah memberikan jawapan, barulah kami buat perbincangan lanjut lalu menetapkan tarikh perkahwinan mereka,” kata Salma yang merestui perkahwinan pasangan itu.