Muar:
Seorang pegawai kanan agensi kerajaan didakwa mendera secara seksual
tiga anak perempuannya berusia antara dua hingga lapan tahun di rumahnya
di Selangor, tahun lalu.
Isterinya yang dikenali sebagai Linda, 32, berkata, dia terpaksa
tampil membongkar kelakuan pelik suaminya kerana bimbangkan keselamatan
diri dan tiga anak perempuannya.
“Selepas bernikah sembilan tahun lalu, suami sering meminta kami mengadakan hubungan seks luar tabii namun saya sering menolak menyebabkannya berang.
“Bagaimanapun, dia masih seorang suami dan bapa penyayang kepada kami sekeluarga hinggalah empat tahun lalu, selepas saya melahirkan anak kedua kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sekitar daerah ini, semalam.
Menurutnya, dia hanya tahu mengenai kejadian menimpa anaknya pada 29 November lalu ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Serdang, Selangor.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.