Sedia maklum, trend selfie amat popular dalam kalangan wanita mahupun
lelaki. Sering kali juga kita mendengar mengenai cerita terselfie dengan
sesuatu yang tidak sepatutya, lebih-lebih lagi jika gambar yang diambil
itu menghadap cermin. Cerita yang akan dikongsikan ini lebih kurang
sama dengan Gambar Selfie Seram Kini Jadi Viral Di Luar Negara baru-baru ini.
Ikuti kisah selanjutnya:-
Nama aku ***, berumur 24 tahun. Dari kecil atuk dan nenek yang jaga
aku, besarkan aku, sekolahkan aku. Masa tingkatan 4, arwah nenek
meninggal. Nenek yang jaga aku dari kecil, sayang aku macam anak dia
sendiri telah pergi buat selamanya. Betu cakap orang, langit tak
selalunya cerah. Masa tu aku tak tahu dah nak buat apa tanpa dia. Aku
jenis yang dimanjakan dari kecil oleh arwah. Bab masak, kemas rumah
semua memang dia tak pernah suruh. Cuci baju semua memang dia yang buat.
Ok, kembali kepada cerita. Lepas arwah nenek meninggal, aku tinggal
dengan makcikku yang nombor dua. Lepas tu dengan makcik yang nombor 3
sebelum tinggal bersama makcikku yang bongsu dan berpindah ke Sabah
untuk tinggal bersama ibu. Ibu aku seorang Dusun manakala bapaku seorang
Iban.
Kejadian 2011
Hari kejadian, ibu pergi kerja macam biasa meninggalkan aku dan adik
kecilku di rumah. Kebetulan masa tu anak-anak buah aku ada jadi semua
berkumpul. Salah seorang dari anak buah ku baru bertunang pada masa tu.
Tunang dia muslim jadi masa tu ada banyak tudung aku tengok di tepi
dinding. Tergerak pula dalam hati ni untuk selfie guna tudung tu.
Selfie Dengan Tudung Hitam
Tudung tu warna hitam. Selfie punya selfie, semua join sekali.
Macam-macam ragam, macam-macam style. Akhir sekali aku selfie depan
cermin seorang diri, menghadap cermin besar depan pintu rumah. Masa
selfie tu tak nampak apa-apa, sikit pun tak ada rasa pelik apa-apa.
Diorang pun ketawa tengok aku selfie. Lepas semua selesai, kami semua
lepak di dalam bilik tu.
Tengok Balik Gambar, Ada 'sesuatu' rupanya
Lepas habis bercerita, tiba-tiba rasa nak tengok balik semua
gambar-gambar tadi. Mula-mula semua tak perasan ada 'sesuatu' di dalam
gambar tu. Tapi lepas tengok elok-elok, terbang telefon. Semua takut
masa tu. Nak kata edit memang tak lah, sebab masa tu telefon aku sony
biasa ja, yang ada cuma kamera di belakang ja. Kamera biasa ja, bukan
oleh edit-edit macam sekarang ni.
Semua dah pucat
Budak-budak lain semua muka pucat, apatah lagi aku. Terus semua
terdiam seribu bahasa. Muka benda tu memang betul-betul menyeramkan,
walaupun tak nampak penuh tapi mata dan mulut dia kelihatan. Memang
menyeramkan. Rambut panjang kusut macam tu, jubah putih panjang
berdarah. Dada sebelah kiri dan rusuk kira tu ada darah (masa tulis ni
pun meremang bulu roma). Aku cepat-cepat balik rumah.
Demam, Fobia Tengok Cermin
Petangnya, aku tunjukkan kepada ibu selepas dia pulang. Semua terdiam
seribu bahasa. Lepas kejadian, aku demam terus, seminggu juga takut
tengok cermin.
Sekarang, sudah lima tahun kejadian tu berlaku. Kenapa dan mengapa
aku sendiri tak ada jawapan namun aku takkan lupa kejadian ini seumur
hidup aku..