"Saya dah tiga kali keluar dengan dia bang," keluh seorang remaja lelaki
 berusia 19 tahun dengan wajah merah padam menahan malu. Remaja 19 tahun
 itu ditahan dalam satu operasi membanteras samseng jalanan di Stulang 
Laut, Johor Bahru awal pagi tadi. Kira-kira jam 3 pagi tadi, remaja 
bermotosikal itu didapati tidak memiliki lesen memandu dan ketika 
ditahan didapati seorang remaja perempuan lengkap bertudung membonceng 
bersamanya.
Selepas dibawa ke Cawangan Trafik Ibupejabat Polis Daerah Johor Bahru 
Selatan, remaja perempuan berkali-kali disoal anggota trafik akan nama 
serta dminta ditunjukkan kad pengenalannya untuk diperiksa. "Adik, nama 
siapa? Cuba cakap nama. Keluarkan kad pengenalan," pinta seorang anggota
 polis trafik kepada remaja perempuan itu namun gadis itu hanya 
menundukkan wajahnya, diam seribu bahasa.

Putus asa dengan tindakan gadis itu mendiamkan diri, anggota polis itu 
beredar dan seorang lagi anggota menghampirinya bagi mendapatkan kad 
pengenalan gadis itu. Dia terus berdiam. Langsung tidak diangkatnya 
wajahnya. Tudung dipakai kemas bersama blouse berlengan pendek 
dipadankan dengan skirt panjang. Manis gadis ini kata aku.
Pada pandangan mata kasar, gadis ini dalam lingkungan belasan tahun. Mungkin 18 tahun. Aku cuba meneka. Aku juga cuba bertanya dengan gadis ini, langsung tidak diendahkan. Sepatah pun tidak terkeluar dari mulutnya. Dia hanya tertunduk dan ternampak bulu matanya yang panjang. Mesti minat Che Ta ni, detik hati aku.
Pada pandangan mata kasar, gadis ini dalam lingkungan belasan tahun. Mungkin 18 tahun. Aku cuba meneka. Aku juga cuba bertanya dengan gadis ini, langsung tidak diendahkan. Sepatah pun tidak terkeluar dari mulutnya. Dia hanya tertunduk dan ternampak bulu matanya yang panjang. Mesti minat Che Ta ni, detik hati aku.
Sejam kemudian, seorang lelaki berusia lingkungan 40an tiba di 
perkarangan cawangan trafik IPD Johor Bahru Selatan ini. Aku terlihat 
dia menghampiri seorang anggota Rela. "Anak aku kena tahanlah," katanya 
kepada anggota Rela itu. Difahamkan, anggota Rela itu berjiran dengan 
lelaki itu. "Mana ada anak kau. Bukan aku tak kenal semua anak kau. Mana
 ada. Kalau dia kena tahan mesti aku tahu," sambut anggota Rela itu.
Aku terus beredar kerana ia satu pandangan biasa setiap kali operasi 
terhadap mat rempit dilakukan. Mulalah balai trafik dikerumuni ibubapa 
mencari anak-anak mereka. Tak lama kemudian, terdengar jeritan suara 
lelaki seperti dalam kemarahan.
"Apa kau nak jadik ni? Bukak semua ni. Bukak. Kalau tahu mak kau, nahas kau. Bukak!" terdengar jeritan seorang lelaki.
Bila dijenguk, rupa-rupanya lelaki tadi yang datang ke balai mencari 
anaknya sedang merentap tudung seorang gadis. Aku lihat semua mata 
tertumpu kepadanya.
Bila didekati, rupanya lelaki itu sudah menemui anaknya. Tetapi anaknya 
adalah lelaki. Yang ditemui, anaknya berpakaian seperti wanita. Siap 
bertudung. "Umur dia 17 tahun, dah berhenti sekolah, kerja kat car 
wash," jelas lelaki itu. Sebaik ditarik tudung anaknya itu, kelihatan 
anak tudung hitam. "Ini anak tudung mak kau. Nahas kau kalau mak kau 
tahu ni," terdengar jelas kekecewaan si bapa itu.
Semua yang berada di perkarangan balai itu terutama penunggang motosikal
 yang sudah ditahan ternganga seketika menonton drama kehidupan ini. 
Seketika kemudian ada yang tak dapat menahan ketawa namun ditegur 
anggota sukarelawan polis. "Dia ni encik, sejak dua tiga bulan lepas ni,
 asyik bercampur dengan pondan. Dulu tak macam ni. Saya pun tak tahu 
kenapa jadi macam ni. Ini tudung mak dia," kata bapa remaja ini.
Remaja yang menunggang motosikal bersama budak ini dipanggil. Merah 
padam mukanya. Terbeliak matanya seperti baru melihat hantu. Tak lekang 
matanya ke arah remaja yang dibawanya sebelum ditahan sepasukan pegawai 
dan anggota polis trafik. Tak tahu pandangannya itu geram marah atau 
geram sebab sudah dibuka 'aurat' 'aweknya' itu. Tak tahulah. "Saya tak 
tahu dia lelaki kak, dah tiga kali saya keluar dengan dia," keluh remaja
 itu kepada seorang anggota sukarelawan polis wanita.
"Takkanlah awak tak tahu sebab dia kan naik motor dengan awak," tanya seorang anggota polis. Terdiam si remaja itu.
Dilihat pada 'gadis' itu, mungkin dia memperdaya 'teman lelakinya' 
kerana ternampak tali bra tersingkap sedikit di bahu 'gadis' itu. 
Mungkin ketika remaja lelaki itu membrek, terasalah pakaian dalam 'teman
 wanitanya' itu. Mungkinlah. "Patutlah bila saya telefon dia, suara dia 
berbisik macam cakap dalam kelambu," kata si remaja lelaki yang sudah 
ditipu bulat-bulat 'gadis' yang diminatinya. Lain tonasi dia. Bunyi 
macam kecewa ada, bunyi macam marah pun ada. Perasaan dia mungkin keliru
 masa tu.
'Gadis' ini bagaimanapun tidak terus ditahan dan dibenarkan pulang 
bersama bapanya. Semua yang berada di balai menghantar keduanya dengan 
pandangan. Bukan untuk melihat sama ada 'gadis' itu melenggok. Tidak. 
Semua masih kehairanan.
Manakala si lelaki yang membawa keluar 'gadis' ini terus dikerumuni 
penunggang motosikal lain yang turut ditahan. Ada yang agak berani 
sikit, ketawa terbahak bahak. Nasib baik si lelaki tu masih cool.
Apapun, bagaimanalah agaknya tidur dia selepas ini. Bagaimana agaknya 
cara dia melihat wanita selepas ini. Macam manalah agaknya si remaja 
lelaki tu nak berdepan dengan kawan-kawannya selepas ini. "Bro, awek kau
 bertudung itu hari mana?"
Apa agaknya jawapan brader kita tu nanti. Kesian dia. Kita doakan dia mendapat jodoh dengan wanita sejati, segera.






 
 
 
