Sepatutnya di Bulan Ramadhan yang penuh mulia ini dimanfaatkan
sepenuhnya oleh umat Islam untuk merebut peluang yang ada dalam
melakukan amal ibadah kerana ibadah yang dilakukan pada bulan ini,
segala pahala akan dilipatgandakan oleh Allah S.W.T. Namun masih ada
dalam kalangan umat Islam sendiri yang mengambil kesempatan dengan
membuat kejahatan bulan yang mulia ini.
Menerusi perkongsian dari salah seorang pengguna Facebook Nadia Razali,
dia menceritakan detik cemas apabila anak kecilnya hilang dipandangan
matanya ketika beliau menunaikan solat Terawih dan amat mengejutkan lagi
apabila dia melihat anak kecilnya bersama dengan seorang makcik yang
berpakaian serba hitam.
Ikuti kisah selanjutnya:-
Nak pesan semalam Kami anak beranak solat Terawih kat Masjid Bukit
Baru. Masa tu aku solat dengan Sarah dan Zara macam biasa main-main area
belakang. Sambil solat aku toleh belakang tengok Adik ada lagi. Selepas
tu aku tengok Adik Dah Tak ada.
Aku terus keluar dari saf cari Adik kat belakang tak ada, cari kat
luar Masjid pun tak ada. Ya Allah berdebarnya, aku masuk semula ke
Masjid tengok Adik atas riba seorang Makcik ni. Pakai serba hitam, aku
pergi dapatkan Adik. Rupa-rupanya adik dah tertido. Masa aku nak ambik
adik, Makcik tu cakap tak apa dia tak solat sebab sakit gigi tapi aku
tengok dia cakap elok aje, tak macam orang sakit.
Pastu aku pun teruskan solat, dah habis solat aku terus ambik adik
kat riba makcik tu. Masa nak keluar dari Masjid ada sorang makcik tegur
aku dipakaikan zara rantai leher. Dia cakap jangan pakaikan pada anak
nanti hilang. Aku cakap esok saya tak bagi pakai la acik. Masa tu tak
perasan rupanya gelang tangan Adik dah tak ada.
Hari ni tengok balik cctv pun tak nampak, tadi masa solat aku sembang
dengan jemaah lain rupanya ade yang perasan katanya anak aku disapu
minyak cap kapak. Jemaah tu ingat anak makcik tu, rupanya anak aku.
Jadi orang Melaka hati-hatilah. Barang hilang boleh beli tapi buat
dia ambik anak kita, Allah tak tau la nak cakap apa. Mungkin anak aku
dipukau sebab anak aku bukan jenis nak tido atas orang tambah masa tu
memang masa dia main, jangan harap nak tido.
Semoga dapat dijadikan pengajaran dan iktibar untuk masa akan datang. kami kongsikan hanya sebagai teladan untuk semua.