Seorang wanita di Pattaya, Thailand bertindak memotong kemaluan suaminya sendiri selepas didapati curang dengan kawan baiknya sendiri.
Wanita itu merupakan seorang peniaga ayam goreng yang diusahakan bersama suaminya di bandar Pattaya.
Berita tentang suaminya yang juga dikenali sebagai Somchai curang
menjadi buah mulut penduduk setempat, kemarahan wanita terbabit
membuak–buak apabila khabar angin itu ternyata benar.
Wanita tersebut pada mulanya berpura–pura memaafkan Somchai dan selepas
itu bertindak mencapai pisau dan mengelar kemaluan suaminya sehingga
hampir terputus.
Bagaimanapun, wanita itu menelefon ambulans selepas melihat suaminya itu
mengalami kecederaan serius dan dalam keadaan berlumuran darah sambil
meletakkan pek ais di pangkal peha di tengah jalan.
Somchai kemudiannya dikejarkan ke Hospital Bang Lamung yang turut disertai isterinya.