loading...

TERBONGKAR! Rupanya Inilah Sebab Kenapa Aeril Azfrel Elak Berlakon Dengan Wawa Zainal





Seringkali kita lihat ramai pasangan selebriti suami isteri yang bergandingan bersama berlakon di dalam sesebuah drama. Mungkin kerana lebih selesa namun lain pula bagi pelakon Aeril Zafrel. Dia lebih selesa untuk tidak bergandingan dengan isterinya Wawa Zainal bagi mengelakkan ada yang berjauh hati kerana sikapnya yang suka menegur dan cerewet.
“Saya tidak pernah halang Wawa untuk berlakon kerana itu adalah minatnya. Baru-baru ini pun dia ada membintangi drama bersiri Duda Terlajak Laris untuk slot Akasia TV3. Lagipun rasanya Wawa dan pihak produksi lebih tahu watak sesuai untuknya. Cuma, kami tak betah jika digandingkan bersama kerana bimbang nanti saling menegur antara satu sama lain.”
“Wawa tak suka berlakon dengan saya memandangkan saya agak cerewet. Silap gaya dia boleh merajuk di lokasi. Bagi saya teguran bagus untuk perbaiki kekurangan yang ada, tetapi dalam keadaan saya dan Wawa, rasanya tidak sesuai. Ia bukanlah masalah besar kerana kami ada pilihan,” katanya.

Sementara itu, pada masa yang sama Aeril turut berkongsi tentang sikapnya yang terbuka untuk menerima teguran daripada pihak pengarah jika terdapat sebarang kesalahan atau kekurangan dalam lakonannya. Malah katanya, beliau sendiri berasa tidak selesa jika tidak ditegur oleh pengarah dan mula mempersoalkan mutu lakonannya adakah baik atau sebaliknya.
Share: