Adakah kempen pengiklanan menggunakan FBAds yang anda jalankan di Facebookkurang memberangsangkan dan tidak menguntungkan? Bukan sahaja saleskurang, malahan likes, comment dan share juga sangat sedikit. Malangnya kos iklan terus berjalan… dan anda terpaksa membayar kepada FB untuk terus beriklan walaupun anda sedar semakin hari semakin tinggi bajet yang diperlukan.
1. Kos iklan di Facebook terlalu MAHAL2. Iklan tak convert kepada SALES3. Likes bertambah tetapi sales tak bertambah4. Bila stop iklan, sales pun terus stop5. Untung jualan tak dapat nak cover kos iklan
Kat atas ini adalah 5 masalah BIASA yang pasti akan dihadapi oleh para usahawan yang kali pertama menggunakan medium pengiklanan berbayar FBAds. Ia bukan perkara baru, dan sebenarnya ada ramai yang menghadapi situasi yang sama. Ada yang bernasib baik, mereka berjaya temui jalan keluar untuk selesaikan masalah-masalah tersebut dan akhirnya berjaya menukarkan nasib hidup mereka daripada ZERO terus kepada HERO.
Bagaimana untuk meningkatkan JUALAN, menjimatkan kos dan menghasilkan iklan FB yang lebih efektif dan mempunyai conversion yang tinggi?
Kita kembali kepada ASAS. Back to basic. Jika anda sedang menggunakan medium FBAds tetapi pulangannya masih lagi sangat mengecewakan, ada beberapa perkara yang mungkin sedang berlaku pada anda.
1. Produk anda tiada permintaan2. Target audience ataupun target market anda SALAH3. Cara anda tulis iklan yang bermasalah dan tak ikut FORMULA yang betul.
Bagi perkara no 1 dan no 2 diatas, saya tak akan terangkan dengan panjang lebar, sebabnya saya percaya, anda telah pun lakukan proses validation sebelum anda buat keputusan untuk jual sesuatu produk.
Mengiklankan produk anda menggunakan medium FBAds tanpa anda tahu teknik menulis iklan di FB yang TEPAT adalah satu bentuk pembaziran yang nyata.
Apa yang bakal saya kongsikan hanyalah sebahagian daripada apa yang diterangkan dalam video yang anda boleh tonton di laman web Jualan FB ini.
Saya akan kongsikan beberapa perkara yang saya percaya, jika anda buat dengan betul, kesannya adalah lebih baik berbanding apa yang anda sedang alami sekarang ini …dan dua perkara tersebut ialah
1. HEADLINE2. Call to action (CTA)
Bagaimana menulis Headline yang memukau?
Ia berbalik kepada konsep ASAS iaitu “siapakah target pelanggan anda?” Anda nak jual produk ini kepada siapa, dan kenapa mereka patut membeli produk anda?
Manusia tidak membeli produk. Sebaliknya mereka membeli
1. Penyelesaian kepada MASALAH mereka2. FUNGSI produk tersebut3. PERASAAN yang diperolehi selepas mendapatkan produk tersebut
Saya ambil contoh yang pertama, “Produk anda menyelesaikan MASALAH apa?”
Katakanlah anda menjual ubat resdung. Ubat resdung ini menyelesaikan masalah seperti1. Kerap bersin ketika sejuk dan diwaktu pagi2. Hidung dan muka selalu rasa gatal3. Allergi kepada makanan tertentu4. Kulit ditumbuhi dengan jerawat5. Nafas berbau busukLima perkara diatas ini ialah antara masalah lazim apabila seseorang itu mengidap penyakit resdung. Jadi, untuk menghasilkan headline, anda pilih 3 MASALAH yang paling meruncing yang mampu diselesaikan oleh produk anda.Contoh:“Mahukah anda mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepada masalah kerap bersin diwaktu pagi, hidung dan kulit muka mengalami kegatalan melampau dan masalah jerawat akibat RESDUNG?”
Dari HEADLINE ini sendiri, anda sedang mengasingkan dan mengenalpasti prospek yang benar-benar mempunyai masalah yang anda boleh selesaikan ataupun tidak.
Masalah dengan Iklan FBAds: Klik banyak, like banyak, tapi tak ada sales
Situasi seperti ini boleh terjadi apabila ayat headline anda terlalu general. Contoh:
“Anda ada MASALAH JERAWAT? Mahukah anda HILANGKAN JERAWAT dalam masa 5 hari sahaja?”
Saya tak tau situasi anda, tetapi secara personal, saya kerap berjumpa dengan individu yang ada masalah jerawat. Adakah semua jerawat berpunca daripada masalah resdung? TIDAK. Apabila ayat headline anda terlalu UMUM, anda akan menarik perhatian prospek-prospek yang tidak berkualiti.
Ya mereka ada masalah jerawat, tetapi apabila mereka lihat produk yang anda jual adalah untuk resdung, dan mereka tak ada penyakit resdung, dah tentu mereka tak akan beli produk anda.
Prospek yang tak berkualiti inilah yang akan menyebabkan bajet iklan anda cepat habis.
Jadi tunggu apa lagi? Muat turun atau tonton secara online sahaja video PERCUMA ini berkenaan dengan bagaimana untuk menghasilkan iklan Facebook yang lebih berkesan dan mesra pelanggan.
Cara untuk sediakan Call to Action
Tahu tak apa akan jadi bila anda tidak meletakkan call to action yang jelas?
Ini jawapannya:
“Anda akan dapat banyak komen “PM PM PM” pada ayat iklan anda.”
Banyak komen tu BAGUS. Ini menunjukkan iklan ada berjaya wujudkan elementengagement dengan target prospek anda. Kat situ anda dapat bonus, iatu iklan anda akan jadi lebih viral.
Tetapi masalahnya ialah, FANPAGE MANA BOLEH PM orang. Prospek tu yang kena PM anda terlebih dahulu, barulah anda boleh berbalas-balas mesej dengan prospek anda di FB. Walaubagaimanapun, semua ini boleh diperkemaskan lagi sebenarnya, apabila anda menetapkan ayat call to action yang jelas dan spesifik.
Tanyakan pada diri anda, anda nak prospek anda buat apa selepas dah baca iklan anda? Tolong jangan jawab, “saya nak prospek terus beli” sebab ini memang jarang-jarang terjadi. Produk yang berbeza mungkin memerlukan anda meletakkan ayat call to action yang berbeza juga. Kat bawah ini pula adalah antara ayat call to action yang mungkin anda boleh sesuaikan dengan perniagaan anda.
1. Tekan klik pada link berikut untuk muat turun panduan.2. SMS “saya mahu” ke 012 345 67893. Hubungi talian bebas tol di 1-800-88-xxxx4. Hantarkan emel anda ke alamat sabreehussin@gmail.com5. Masukkan nama dan alamat emel pada borang pendaftaran dibawah6. Sila like FB kami7. Sila layari laman web berikut untuk maklumat lanjut8. Sila isikan borang survey dibawah untuk menebus baucer tunai anda
Saya harap kupasan yang ringkas ini dapat serba sedikit membantu anda untuk memperbaiki mutu iklan FBAds yang anda hasilkan. Proses pembelajaran tidak seharusnya berhenti disini, dan sebagai usahawan, saya percaya anda juga setuju, dari masa ke masa, kita memang perlu sentiasa upgrade ilmu dan teknik-teknik kita jalankan perniagaan.
Semoga bermanfaat dan saya doakan semoga bisnes anda makin berkemabang maju. In Shaa Allah.
sumber : http://www.sabreehussin.com/