Sejak beberapa hari lalu Aksi Memalukan Remaja Bangga Kongsi Gambar Diraba Teman Lelaki Jadi Viral!
Menerusi gambar tersebut dilihat seorang wanita dengan selambanya
menayang dadanya yang sedang diraba oleh seorang lelaki dalam kereta.
Sehubungan dengan itu, menerusi laman makro Twitter, tampil seorang
netizen kononnya mendakwa dia adalah rakan kepada mangsa mempertahankan
tindakan berkongsi gambar tersebut atas alasan orang yang meraba adalah
suami wanita itu sendiri.
Meskipun lelaki itu dikatakan suami wanita itu sendiri, namun tidak
semua netizen bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh wanita itu
yang memuat naik gambar berkenaan di media sosial terlebih mesra untuk
tatapan umum walaupun dia sudah berkahwin dengan lelaki tersebut.
Menurut komen beberapa netizen, walaupun yang meraba wanita itu ialah
suaminya sendiri, si wanita sepatutnya berasa malu untuk memuat naik
gambar intim sebegitu untuk tatapan orang ramai.
Ada juga yang sempat menasihatkan wanita itu agar lebih hati-hati
sekiranya ingin memuat naik gambar ‘terlebih mesra’ macam itu di media
sosial selepas ini.