Disaat semua umat Islam Muslim sedang bergembira menyambut lebaran,
nasib malang menimpa seorang isteri, Elin berusia 21 tahun apabila dia
maut akibat didera oleh suaminya yang berusia 23 tahun.
Elin dilaporkan mengalami lebam di bahagian muka akibat dipukul
menggunakan tangan oleh suaminya. Berang dengan keadaan itu, dia
kemudian membuat aduan di balai polis.
Elin membuat laporan polis memaklumkan kejadian itu berlaku sewaktu dia
bersama anaknya berkunjung ke rumah ibu bapanya untuk menyambut hari
raya.
Sewaktu laporan polis dibuat, tanpa disedari dia telah diekori oleh
suaminya yang meunggu dia pulang ke rumah. Setibaya di rumah, berlaku
satu pergaduhan mulut antara Elin dan suami.
Suaminya yang tidak dapat menahan kemarahan akhirnya menghayunkan tangan ke muka Elin menyebabkan dia tidak sempat mengelak.
Elin yang pada ketika itu memegang anaknya berusia 2 tahun akhirnya
jatuh tersungkur ke lantai. Melihatkan Elin jatuh, suaminya terus
bertindak menendang pada kemaluan Elin. Elin menjerit kesakitan sebelum
tidak sedarkan diri.
Puas menganiya Elin, akhirnya suami Elin pergi ke baali polis dan
menyerahkan diri. Dia juga mengaku bahawa menendang kemaluan Elian
sebanyak 6 kali selain memukul Elin di bahagian pipi, muka serta kepala.
Elin kemudian dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia akibat mengalami pendarah teruk di bahagian rahim.
Sementara itu, pihak polis memaklumkan suami Elin kini sedang menjalani proses hukuman.