Seorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun, Neysa Nur Azlya dilaporkan hilang sejak khamis lalu, hari raya kedua 07.07.2016.
Anak bongsu kepada pasangan Fathurrahman dan ibu Sabnah akhirnya ditemui
dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh orang awam pada ahad tengahari
(10/7) di hutan dimana lokasinya tidak jauh dari kampungnya dalam
keadaan yang menyayat hati.
Menurut bapa saudara mangsa Muhammad Darjad,” Neysa sudah ditemui
didalam semak samun ditutupi dengan daun pokok kelapa kering, jasad
dalam keadaan terbakar ”.
Ketika mangsa ditemui, terdapat kesan luka terbakar di badan mangsa dan
menurut info, kanak-kanak tersebut didera sehingga mati sebelum dibakar.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjPSG4Mkajz4LyfAfbqwcAmJRUXsEU4ScGUMevfW75bB_11FhpohMKJF-zsoFUcLnBL0pgJT3SXW4LgSi_eHSFgN60uq75tPyL3hJZ_q5OxMLPBuAd0x8LsNWisP8RWJNYeOAZF0JxnlH_/s1600/KANAK-KANAK.jpg)
Dimaklumkan Neysa hilang sekitar pukul 11.00 pagi Khamis (7/7), sewaktu
dia bermain di halaman rumah ketika beraya bersama keluarga.
Faturahman bapa mangsa kemudian menyedari tidak melihat kelibat Azlya dan cuba menanyakan kepada beberapa jiran.
Seorang jiran mereka melihat Neysa dibawa oleh Ijur 45 tahun yang
merupakan jiran mangsa menaiki motor sehingga kini masih belum ditemui.
Menurut siasatan awal, Polis mengesyaki Ijur sebagai suspek utama yang
melakukan pembunuhan tersebut. Pihak polis juga mengingatkan kepada
orang tua agar lebih mengetatkan lagi penjagaan terhadap kanak kanak
yang masih di bawah umur.
“Kejadian ini memberi pengajaran pada para orang tua agar menjaga anak-anaknya terutama yang memiliki anak masih dibawah umur agar dijaga dan jangan sampai jauh dari pengawasan” katanya.
Kes ini masih dalam siasatan polis sementara suspek pembunuhan masih dalam buruan pihak polis.