Masa 2 tahun lepas saya masih bergelar pelajar perubatan di Universitas
Hasanuddin, Sulawesi Selatan. Tahun pertama ok lagi bila kena study
anatomi mayat yg dah diawet. Bau tengik jugak la sebenarnya. Dulu saya
ingat tu la bau mayat. Rupanya tu bau Formalin, cecair pengawet mayat.
Alaaa mostly yg laki faham la apa tu formalin. Tiap hari abang hisap
formalin kan? Sekotak sehari kan? Nampak macam rokok tapi tahu tak dalam
tu ada pengawet mayat?
Mesti akan ada lelaki yg terasa akan google dan jumpa kandungan dalam
rokok bukan formalin tapi formaldehyde kan? Same je lah bang.
Formaldehyde ni dalam bentuk gas yg abang hembus hisap hembus hisap
hembus tu. Bila gas ni ditambah air dan alkohol jadi la formalin. Takpe
bang, abang jangan risau ye. Awet mayat dan awet muda ni jauh bezanya.
Berbalik pada cerita mayat tadi. Bila masuk tahun keempat, saya
ditakdirkan kena masuk departmen Forensik. Teruja juga la sebab ingat
ala-ala cerita CSI tu kan. Datang dekat crime scene dengan dengan tak
pakai masker dan berwajah macho tengok mayat je dah tahu pembunuh. Saya
pun dulu ingat semudah itu!
Pengalaman mayat pertama saya adalah seorang budak lelaki. Dalam umur
20-an. Masa tu tempat saya belajar tu tengah heboh dengan demonstrasi
jalanan. Entah camne tiba-tiba arwah dijumpai meninggal di tengah tengah
jalan masa tengah sibuk berdemonstrasi. Jadi tugas kami masa tu adalah
untuk mencari punca dan sebab kematian arwah tu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3ZnOA2ZAQoJfmiA74k5uS9Dptjge0QRXsAvrzf1gTmH7DEiGIyL8nKkJc9SiYftVW7aGbd8sB9yQnt1LFPgAbdI4r4YmNdMabJcVFsQwKq7F2G3hF59oc7lR67fRx0WbxRVWm4amgUT8l/s1600/Mayat+Bayi.png)
Saya taknak cerita tentang prosedur bedah siasat camne sebab rasanya tak semua sanggup nak dengar saya cerita tentang saya gergaji tulang kepala, timbang otak, selongkar rongga dada
dan lain-lain. Cukup la korang tahu kami buat benda-benda camtu demi
kemaslahatan umum. Benda ni kadang buat sy termenung jauh. Saya percaya
mayat ni semua kalau diberi peluang mesti dia dengki dengan kita.
Biarlah mereka tak diberi duit, biarlah mereka tak diberi Honda City,
biarlah mereka tak diberi anak dan isteri asalkan mereka dikurniakan
sebuah nikmat bernama nyawa! Saya termenung sebab saya rasa saya jenis
manusia yg dah diberi seguni nikmat, tapi merengek jugak nak selori.
Pengalaman dengan mayat pertama tadi saya masih boleh tahan. Begitu juga
dengan mayat-mayat yang lain. Ada mayat mati kena bunuh. Ada juga mayat
kena buang kat lebuhraya tapi mayat terakhir yg saya kena attend masa
departmen Forensik waktu tu saya langsung tak boleh terima. Mayat
seorang bayi. Maybe baru lahir. Dijumpai di dalam longkang busuk. Mayat
bayi tu dah hijau. Kepala dah lembik macam jeli. Lepas dah buat beberapa
pemeriksaan kat paru-paru bayi tu memang betul sangkaan saya, bayi tu
dicampak ke dalam longkang penuh air busuk tu masa bayi tu masih
bernafas! Bayangkan kesakitan yg bayi tu tanggung ketika dilemaskan oleh
ibu kandungnya sendiri!
Ibu dia ingat bayi tu tak boleh bercakap di hadapan Tuhan ke suatu hari
nanti walaupun dah jadi mayat? Benda mati pun Allah boleh hidupkan.
Benda tak boleh bercakap pun Allah boleh bagi bercakap kalau Allah nak.
Macam semut pada zaman Nabi Sulaiman. Cerita semut bercakap ada disebut
dalam surah ke 27 dalam Al Quran, surah An Naml.
Masa surah ni turun mesti ramai tak percaya semut boleh berkomunikasi.
Waktu tu takde lagi teknologi macam kita ni kan. Rupanya masyaAllah
semut memang mempunyai bahasa mereka tersendiri! Kalau korang perhatikan
semut, bila dia jumpa je gula dia akan patah balik ke sarang dia. Bila
dia kembali semula ke gula tu dia akan datang beramai ramai kan?
Sebenarnya semut tu tinggalkan jejak feromone sebagai signal yg dia dah
jumpa makanan utk koloni dia. Kalau translate ke bahasa kita lebih
kurang camni la " Hoi geng, aku dah jumpa gula ni. Tolong sat boleh? "
Ada juga binatang yg berkomunikasi dengan teknik stridulation. Macam
cengkerik kan. Dia laga lagakan sayapnya untuk hasilkan bunyi krik krik
krik tu sebenarnya dia tengah menyembang la tu. Entah pasal politik ke
pasal palestine ke pasal syria ke yg tu saya tak tahu. Sebenarnya saya
nak bagitahu yg kita tak boleh nak sorokkan kejahatan kita daripada
Allah.
Suatu masa nanti tangan kita akan bercakap. Kaki kita akan bercakap.
Mungkin bukan dalam loghat bahasa sehari hari kita pakai kan tapi dalam
bahasa yg kita belum mampu untuk memahaminya dengan teknologi kita
sekarang. Semoga 'mereka' semua akan bercerita yang baik-baik je tentang
diri kita semua suatu hari nanti.
P/s : Saya Taufiq Razif bukan ustaz tau. Sila tegur saya jika ada info
disini yang bercanggah dengan Al Quran dan Hadis. InsyaAllah mengikut
kefahaman yg saya ada, takde. Sila sebarkan supaya ahli keluarga &
sahabat kita pun boleh turut bersyukur dengan nikmat kehidupan. Jom
enjoy kehidupan kita mulai hari ni dengan taat pada Tuhan.
Sumber Facebook :- Taufiq Razif