Menyesal Kemudian Tidak Berguna… Setiap Hari Bagi Anak Main Gadget, Sehinggalah Anak Berumur 4tahun, Akhirnya…..
Bermula pada usia 10 bulan hingga 4 tahun, gadget merupakan barang yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan sehariannya.
Ibunya pun senang, kerana tidak perlu membelikan barang mainan yang tentu akan menjadi kerja seharian untuk mengemasnya.
Akan tetapi ketika umur anaknya berusia 2 tahun, ibunya mula melihat tanda-tanda yang tidak normal pada anaknya.
- 1.Kaku dengan persekitaran
- 2.Tidak pandai berkawan
- 3.Tidak pandai bermain barangan mainan kanak-kanak normal
- 4.Kurangnya respon bercakap
Kelainan yang paling di takuti oleh ibunya adalah, anaknya yang kurang perkataan ketika bercakap (seperti bisu) hingga berumur 3 tahun.
Khawatir dengan perkembangan anaknya yang semakin teruk dia kemudian membawanya berjumpa doktor pakar.
Doktor Sahkan punca anaknya kurang bercakap kerana orang tua dan anggota keluarga yang lainnya kurang berkomunikasi dengan Shafraan membuatkan anaknya tidak menggenal perkataan ketika bercakap.
Tentu. gadget lah penyebabnya, semenjak dari pada itu, si ibu mulai kurangkan penggunaan gadjet di rumah, katanya Shafraan akan mengamuk dan menangis sambil membaling semua barang-barang yang berada dekat dengannya, dia susah makan, susah tidur.
Naluri seorang ibu mana mampu melihat anaknya menangis, dia tewas dan akhirnya memberikan Gadjed semula pada anaknya.
Hampir setahun berlalu anaknya yang kini berusia 4 tahun di masukkan kehospital kerana mengalami kondisi Speech delay.
Menurut doktor Shafraan sekarang dalam kondisi Speech delay atau keterlambatan bercakap yang kini berusia 4 tahun 2 bulan.
Speech delay adalah bahasa yang di gunakan berkait masalah terlambatnya perkembangan otak dan bahasa pada anak.
Menurut penelitian hanya 5 peratus kanak-kanak yang mengalami masalah ini, sebabnya adalah kurangnya perkomunikasian antara keluarga serta anak yang selalu berkurung di dalam rumah dan kurang memiliki hubungan dengan dunia luar.
Kenyataan doktor itu bagaikan petir yang menyambar, baru saya sedar saya lah punca Shafraan jadi begini sebab saya, Saya tidak mahu di ganggu dengan suara tangisan, rengekannya, Saya tidak mahu melihat rumah bersepah kerana mainannya. Saya tidak mahu susah dan tidak mahu penat menjaganya itulah kesalahan yang baru saya sedari, kata ibu beranak satu itu.
Katanya setelah berbincang dengan suami, mereka sepakat untuk membawa Shafraan mengikuti Terapi Wicara yang di anjurkan doktor dimana kesembuhannya tidak dapat di pastikan akan tetapi bila trapi dilakukan dengan rutin dan di tambah latihan di dalam rumah, kesembuhan untuk Shafraan sangat tinggi.
Berapa tahun lamanya pun saya tidak kisah, kalaulah waktu boleh di putar kembali, tentu saya akan lebih banyak mengahabiskan masa mengajarnya bercakap dan bermain. katanya.
Bagaimanapun update terkini Ibu Shafraan selepas 5 bulan mengatakan bahwa anaknya itu sudah mulai bermain permainan kanak-kanak seperti kereta mainan, menconteng buku dan dinding, manakala percakapannya ada di antara yang sudah mula jelas namun belum semua.
Alhamdulillha kini anak saya sudah menunjukkan tanda-tanda perkembangan yang baik, mohon doanya semoga Shafraan segera sembuh, tulisnya. -eberita.org
Sumber: penbirudotcomoffcail
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dbDak9 via IFTTT