loading...

Scha alyahya belajar masak di youtube

5-Scha-al-Yahya-Belajar-Masak-Di-Youtube

Jujur dan tidak segan berkongsi pengalaman memasaknya, pelakon Scha al-Yahya menjelaskan bahawa dia banyak belajar memasak melalui Youtube. Malah ibu kepada Lara Alana ini juga mengakui dia mulai belajar memasak sejak empat tahun lalu selepas dia berkahwin dengan Awal Ashaari.

BACA: Scha al-Yahya Jadi Lebih Sabar Selepas Balik Umrah

Kalau nak tahu sebelum berkahwin saya tak pandai langsung memasak. Nak menggoreng pun tak tahu! Pendek kata kalau saya cuba masak sesuatu masakan, semua tak menjadi. Jadi selepas berkahwin saya nekad untuk belajar

Bukan kerana memenuhi permintaan suami semata-mata, tetapi atas kesedaran sendiri. Lama-kelamaan ia menjadi rutin wajib saya. Memang pada mulanya agak sukar dan perlu mengambil sedikit masa, tetapi selepas banyak kali mencuba baru menjadi

Bagi saya menonton di YouTube lebih mudah berbanding melihat resipi. Bukan apa, resipi yang diberikan ibu banyak kepada cukup rasa, namun ia tetap membantu saya, katanya kepada Harian Metro.

Forum-Ads-.jpg

Selain itu, Scha juga menyatakan bahawa ketam masak lemak merupakan makanan kegemaran Awal dan dia pasti akan meluangkan masa dalam seminggu untu memasak. (rtky/s)



SUMBER
harian metro

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2d2sJAG via IFTTT
Share: