loading...

Pendedahan Mengejutkan Elly Mazlein, Bekas Suami Tak Pernah Jenguk Anak

Pendedahan Mengejutkan Elly Mazlein, Bekas Suami Tak Pernah Jenguk Anak


Penyanyi yang kini berstatus ibu tunggal iaitu Elly Mazlein telah mendedahkan bahawa bekas suaminya Azmi Hatta tidak pernah melawat anak kecilnya itu.


Sejak anaknya yang dinamakan Putri Sara dilahirkan 6 bulan yang lalu, bukan sahaja tidak pernah melawat, malah tanya khabar pun tidak pernah.


Kali terakhir bekas suaminya melawat adalah selepas Elly selamat melahirkan bayi tersebut, hari pertama kelahiran Putri Sara, selepas itu kelibat Azmi tiada lagi.


Ini komen Elly Mazlein:

"Mahkamah juga sudah memberi hak lawatan kepadanya, kalau dia tak datang itu bukan urusan saya.

"Kali terakhir dia berjumpa anak ketika mengiqomatkan Putri Sara sewaktu dilahirkan. Dalam masa sama dia turut mendapat hak lawatan seminggu sekali. Namun, apabila dia tidak berbuat sedemikian, saya tak ada masalah.

"Bagi saya dia datang atau tak, itu bukan urusan saya. Ini kerana dia sendiri sudah maklum tanggungjawab yang perlu dilakukan. Apabila dia gagal melaksanakan perkara itu, dia yang rugi dan bukan saya. Bukan itu saja, dia juga tidak pernah menghubungi atau menghantar mesej bertanyakan anak,"

"Sejak diceraikan ketika hamil tiga bulan, saya sentiasa memberikan yang terbaik kepada anak. Malah selepas bersalin, saya mencuba untuk memberikan sepenuh kasih sayang. Begitu juga dengan bapa saya yang terlalu menyayangi cucunya.

"Semua perkara berkaitan anak saya lakukan sendiri. Pendek kata saya memang berdikari. Disebabkan itu saya sudah terbiasa hidup sendirian,"


Sumber: Metro

Sumber : Beritamemey from Media Massa Silam http://ift.tt/2dm2Vlb via IFTTT
Share: