Ramai perempuan ingat yang dia sudah benar-benar kenal dengan lelaki
di sisi mereka. Sebenarnya, ada lagi di sebalik sifat lelaki yang tidak
diketahui.
Jom kita bongkar dan baca tentang rahsia lelaki.
1. Mahu ‘awek’ cantik, tapi mahu isteri yang bersifat keibuan
Selalu kita dengar lelaki suka perempuan cantik. Pantang nampak
perempuan dahi licin, mata tidak berkelip. Namun sebaliknya, perempuan
cantik dan seksi itu bukan pilihan utama lelaki itu untuk dijadikan suri
rumah. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka
cantik. Namun, mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan
ketrampilan seseorang perempuan itu. Kadang-kadang, cantik dalaman itu
lebih penting bagi mereka.
2. Tidak ‘call’ bukan bermakna tidak sayang
Lelaki tidak suka kalau ‘awek’ atau isteri asyik SMS atau ‘call’ dia.
Kadang-kadang, bukannya lelaki tidak baca SMS atau tidak perasan ‘miss
call’, mereka sengaja biarkan sahaja. Itu bukan bermakna mereka tidak
peduli. Lelaki hanya mahukan ruang peribadi untuk diri sendiri. Lelaki
akan cepat rasa rimas bila perempuan mahukan perhatian sepanjang masa.
3. Tanya soalan yang sama
“Tengah buat apa tu?”, “Dah makan ke?”. Nampak pelik kan? Tapi itu
ialah merupakan soalan paling kerap ditanya lelaki ketika mereka
menelefon seorang wanita. Masa bercinta boleh cakap lama-lama. Lepas
beristeri, 30 saat pun sudah di kira lama.
4. Walau fokus tentang kerja, lelaki masih ingat kekasih atau isteri
Lelaki akan sentiasa sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari.
Namun percayalah, sebelum tidur pasti mereka akan memikirkan mengenai
wanita yang mereka benar-benar sayang. Jika telah beristeri sekalipun,
walaupun baring di sebelah berkongsi bantal, lelaki akan memikirkan
tentang insan tersayang.
5. Utamakan kekasih, isteri, anak-anak, lebih dari diri sendiri
Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka
akan mengabaikan semua perbuatan dan sifat negatif yang ada pada wanita
tersebut. Orang kata, bila hati sudah buta, semuanya dia percaya.
Apabila berkeluarga, bapa atau suami akan mengutamakan yang lain. Diri
sendiri tidak penting. Asalkan ‘family happy’, mereka pun ‘happy’.
6. ‘Cair’ atau ‘Malu’ dengan senyuman wanita
Tidak kira bila-bila wanita memberikan senyuman manis pada seorang
lelaki, terutama sekali orang yang tidak dikenali, hati mereka akan
menjadi tidak keruan. Ia mungkin adalah signal yang lain. Ia boleh jadi
dua perkara, “Hensem sangat ke aku hari ni?” atau “Eh, aku tak zip seluar lagi ke hari ni?”.
7. Nombor telefon perempuan, ‘save’ nama lelaki
Bagi lelaki curang, mereka cuba mengaburi mata dengan menipu pasangan
dengan teknik ini. Sudah tentu pasangan tidak akan syak apa-apa bila
ada nama lelaki. Namun, banyak kes yang sudah ‘kantoi’. Bak kata
pepatah, “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”.
8. Jangan ingatkan kisah lampau
Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas
teman lelaki mereka. Ini akan membuatkan mereka rasa tercabar.
9. Mempermainkan cinta
Seorang lelaki mampu mencintai wanita untuk jangka masa yang sekejap,
kemudian terus melupakan perempuan yang dicintainya itu tanpa merasa
apa-apa. Sebaliknya, perempuan sukar untuk jatuh hati. Jika sudah terbit
rasa sayang, perempuan akan sayang lelaki itu sampai bila-bila. Pelik
kan?
10. Kalau berani, masuk meminang!
Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih
mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius. Lelaki yang hanya
main-main tidak akan pergi sejauh ini. Mereka cuma ingin ambil
kesempatan. Apabila lelaki telah menyuarakan niat murni ini, jangan
tangguh-tangguh. Ini bermakna beliau sudah bersedia untuk memikul
tanggungjawab.
Kesimpulan
Banyak lagi sifat lelaki yang sukar bagi kaum wanita memahaminya.
Walau apa pun yang berlaku, terima pasangan anda seadanya.
Sumber : siraplimau