Sakit hati dan segan nak bercakap dengan orang sebelah-menyebelah bila jadi macam ni. Kalau mulut berbau di awal pagi itu memanglah normal. Tapi, ini tidak.
Nafas masih cepat berbau sepanjang hari walaupun rajin membersihkan mulut.
Tahukah apa puncanya mulut berbau meskipun sudah berkali-kali berus gigi?
Rupanya Ini 9 Punca Mulut Berbau, Walaupun Rajin Berus Gigi
1. Kafein
Elak kopi sebelum tidur. Begitu juga makanan pedas atau merokok kerana ia menyebabkan mulut kering sewaktu tidur dan menjadikan mulut busuk.2. Tidak berus lidah
Permukaan lidah menyimpan banyak bakteria. Bersihkan lidah dengan berus gigi atau tongue scraper.3. Makan banyak protein
Apabila makan banyak protein, kompaun dipanggil kerotene akan terhasil sewaktu proses pembakaran lemak untuk menghasilkan tenaga. Kerotene ini membuatkan mulut berbau.4. Masalah kesihatan
Demam dan selesema boleh menyebabkan mulut berbau. Ini disebabkan oleh bakteria memakan cairan selesema dan menghasilkan bau busuk.Hidung tersumbat juga boleh menyebabkan nafas berbau kerana mulut cepat kering.
5. Ulser mulut & sakit gusi
Bakteria Helicobacter pylori penyebab ulser ini menyebabkan mulut berbau. Ambil antibodi yang sesuai untuk membunuh bakteria ini.Selain ulser, ia juga disebabkan oleh sakit gusi. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah:
- Gusi bengkak atau bernanah
- Gusi yang senang berdarah
- Gigi bergoyang
- Gigi sensitif
- Sakit pada gigi semasa mengunyah
- Terdapat karang gigi
6. Tonsil
Tonsil pada tekak juga menyebabkan mulut berbau. Kumur dengan air garam untuk membuang bakteria yang melekat pada tonsil.7. Makanan bergula
Bakteria dalam mulut memang suka makanan tinggi gula seperti snek dan manisan. Selain itu, biasanya buah-buahan kering juga senang terlekat pada gigi sehingga menjadi punca mulut berbau.Kenalah kurangkan makan makanan ini.
8. Masalah pedih ulu hati
Gastrik atau ‘angin’ dalam perut boleh menyebabkan penyakit pedih ulu hati.Penyakit ini menyebabkan mulut mudah berbau. Dapatkan rawatan daripada doktor untuk atasi masalah ini.
9. Gigi berlubang
Sisa makanan berkumpul dalam lubang gigi. Secara tak langsung, bakteria juga berkumpul dalam lubang ini sehingga menyebabkan gigi rosak dan nafas berbau.Lubang yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.
Banteras Punca Mulut Berbau Dari Akar Umbi
Berjumpalah dengan doktor gigi untuk membuat pemeriksaan paling kurang setahun sekali. Ini kerana doktor gigi boleh mengesan masalah kerosakan gigi atau gusi yang menjadi punca mulut berbau. Maka, dapatlah anda mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.Selalunya, anda tidak hanya akan menyedari masalah pada gigi apabila ia telah berasa sakit. Pada tahap ini, kerosakan atau penyakit gusi telah menjadi serius.
Kita juga perlu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang betul, supaya dapat menghindarkan diri daripada masalah ini. Berus gigi sahaja tidak mencukupi untuk menghilangkan mulut berbau.
sumber : siraplimau