loading...

Najwa Latif Akui Gambar Sudah Lama Tersebar


Berikutan tersebarnya gambar yang didakwa sebagai penyanyi Najwa Latif, akhirnya empunya badan tampil menjelaskan perkara sebenar menafikan bahawa apa yang dihebahkan mengenai dirinya itu adalah tidak benar.
“Terkejut juga kerana (wanita itu) ada iras sedikit dengan saya. Tetapi saya belum kahwinlah. Sebenarnya saya sudah lihat gambar itu sejak tahun lalu. Tetapi apabila diamati semula, kami tidaklah begitu seiras”
“Mungkin gaya senyumannya yang membuatkan wajah kami seakan-akan serupa,” kata Najwa kepada BH Online. Selain menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang lucu, Najwa juga mengakui bahawa sudah terlihat gambar tersebut pada tahun lalu.
Apa pun, akhirnya pemilik gambar berkenaan yang dikenali sebagai Noreen tampil memberi penjelasan di laman sosial Twitter, dengan menyatakan bahawa wanita dalam gambar itu adalah dirinya, bukan Najwa. Tapi’kan, sebenarnya memang nampak seiras bagi kami. 
Share: