Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik ke pusat pengajian
ataupun menggunakan perkhidmatan bas ini untuk pulang ke kampung
pastinya akan mengalami situasi di mana driver bas tidak mematikan enjin
lebih-lebih lagi apbila berhenti di tempat R&R. Dan pastinya ramai
yang tertanya-tanya mengapa tidak dimatikan enjin bas tersebut bukan?
Perkongsian kali ini dikongsikan sendiri dikongsikan Mat Kacau
berdasarkan pengalaman sendiri Abang Zul kenapa lori, trailer atau bas
jarang mematikan enjin kenderaan mereka.
Enjin diesel tidak akan panas walau berapa lama pun kita
menjalankannya tanpa bergerak (idling) kecuali ada kebocoran tangki air
ataupun minyak enjin tidak mencukupi.
Pernah lori yang dipandu tidak dimatikan enjinnya selama 2 minggu,
kerana perjalanan tanpa henti pergi dan balik dari Kawasan Industri
Kerteh, Terengganu ke Pelabuhan Klang.
Walaupun sewaktu berhenti samada untuk makan minum atau berehat
mahupun tidur, abang lori ni tidak ragu-ragu untuk tidak mematikan enjin
kerana berdasarkan pengalaman selama ini, enjin diesel (terutamanya
jenis Turbo) amat sensitif jika enjinnya terlalu kerap dihidupkan dan
dimatikan.
Malahan telah menjadi amalan pemandu lori selama ini, selepas enjin
dihidupkan, pemandu lori akan menunggu sehingga tolok kepanasan
(temperature gauge) mencapai tahap suhu bekerja (working temperature)
baharulah abang mula bergerak. (kebiasaanya dalam lingkungan 80 darjah
celcius).
Begitu juga sewaktu hendak mematikan enjin jenis turbo ini,
memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit enjin melahu (idling) barulah
dimatikan enjinnya. Enjin lori ni cc dia besar, silinder banyak,
compression tinggi. kombine semua diatas, tentu-tentu enjinnya sgt
ketat/berat utk startup/cranking. Setelah tolakcampurkalibahagi, tidak
bijak utk cranking start lebih dari sekali/hari. Enjin yang ketat/berat
memendekkan hayat starter motor.
Sistem brake dan klac lori-lori besar menggunakan tekanan angin, jika
enjin dimatikan..tekanan angin dlm tabung akan berkurang atau
habis..sebab itu mereka jarang matikan enjin..perlukan masa yang lama
utk kompressor isikan angin ke dalam tabung(bergantung jenis
lori)..selagi tekanan angin tidak penuh dalam tabung tu, selagi tu lori
tidak boleh bergerak, sistem brake dan klac tidak berfungsi.
kebanyakan lori-lori ni ber-engine diesel. Engine diesel memerlukan
heat yang banyak untuk berfungsi dengan baik. Engine diesel yang selalu
dimatikan engine (cool off) dan di hidupkan semula (panas) dalam masa
yang singkat akan membuat engine warp atau bengkok..itu sebab lori tak
matikan engine kecuali tidak di gunakan dalam jangka yg panjang
(melebihi seminggu) sebab takut engine jadi bengkok.
Bukan sebab susah start.. tapi pasal lori2/bus guna brek angin. jadi
bile engine running, presure angin maintain. Jika diorg stop engine,
presure angin akan berkurangan, jadi kena tunggu presure naik baru boleh
jalan (kena tunggu 1/2jam) baru ok. kalau tak bahaya sebab takde brek..
[Harap-harap anda faham la yek]