Memang tak dapat nak bayangkan betapa haram jadahnya si suami apabila sanggup membiarkan isteri hampir diperkosa orang lain demi kepentingan diri sendiri! Tugas suami sepatutnya melindungi isteri tapi ni lain pulaa jadinya.
Nak dijadikan cerita adalah sepasang suami isteri ini Sara dan Aiman
mengambil barang rumah secara hutang dengan pakistan yang datang ke
rumah mereka di sebabkan tidak mampu hendak membeli secara tunai.
Jadi tiap-tiap bulan mereka pun bayar ansuran barang tersebut dengan
pakistan tersebut. Dalam masa empat bulan memang tiada masalah langsung
bagi mereka untuk membayar ansuran tersebut kerana kedua mereka bekerja.
Masuk ke lima bulan membayar ansuran tersebut mereka mengalami masalah
kewangan di sebabkan Aiman telah di buang kerja. Jadi Sara yang masih
bekerja terpaksa menggunakan wang gajinya untuk menanggung segala
keperluan mereka sementara Aiman mencari pekerjaan baru.
Disebabkan itu mereka terlambat membayar ansuran barang yang diambil dengan pakistan tersebut.
Ketika Sara sedang mandi terdengar ketukan di pintu rumah menyebabkan
dia pun keluar dari bilik air dengan berkeadaan sedang berkemban.
Apabila dia membuka pintu dia melihat pakistan tersebut yang kemudian
meminta wang ansuran bulanan yang di janjikan sewaktu mengambil barang.
Namun Sara mengatakan bahawa duitnya masih belum cukup untuk membayar
kepadanya. Manakala suaminya Aiman hanya mendiamkan diri di dalam bilik
kerana tidak mampu untuk membayar wang kepada pakistan tersebut.
Mula-mula pakistan tersebut marah disebabkan tidak memperolehi wang
daripada Sara tetapi apabila melihatkan keadaan Sara yang sedang
berkemban itu. Tiba-tiba pakistan tersebut menanyakan adakah suaminya
ada di rumah. Sara pun menjawab tiada kerana suaminya meminta dia
berbuat demikian.
Bila tahu sahaja suami Sara tiada di rumah tiba-tiba pakistan itu masuk
ke dalam rumah lalu memegang badan Sara serta melirikkan matanya dan
berkata "Akak kalau tak mampu nak bayar tak mengapa kita setealkan
dengan cara lain saja". anggap saja semua hutang akak dah langsai.
Dengan terkejutnya Sara bertanyakan cara apa nak langsaikan hutang. Lalu
pakistan tersebut cakap "Senang saja akak cuma layan saya sekejap saja
lepas itu kira hutang akak sama saya sudah langsai".
Sara terus menjerit dan menghalau pakistan tersebut keluar dari
rumah.Manakala suaminya hanya mendengar perbualan mereka tanpa keluar
membantu walaupun mendengar jeritan Sara yang ketakutan kerana khuatir
pakistan tersebut mendesaknya membayar hutang. Sara sangat terkilan
dengan sikap suaminya yang tidak langsung keluar untuk membantunya.
Sara telah mengadukan kejadian ini kepada keluarganya apabila melihat
suaminya langsung tidak mengambil apa-apa tindakkan terhadap pakistan
tersebut. Mendengarkan kisah Sara itu keluarganya ingin mengambil
tindakkan terhadap pakistan tersebut namun pakistan tersebut telah
terlebih dahulu menghilangkan diri.
Memang tak dapat nak bayangkan betapa haram jadahnya si suami apabila
sanggup membiarkan isteri hampir diperkosa orang lain demi kepentingan
diri sendiri! Tugas suami sepatutnya melindungi isteri tapi ni lain pua
jadinya.
p/s: mohon di sebarkan kelakuan pakistan ini agar tiada yang menjadi mangsanya lagi.