Bulan Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Rata-rata orang sudah bercerita mengenai perkara-perkara yang akan dilakukan sempena bulan puasa nanti, antaranya niat untuk khatam Al-Quran serta berterawikh di masjid kariah masing-masing.
Baguslah kalau ada niat sebegitu. Tapi jangan tak sangka, pasal rakaat solat terawikh pun boleh jadi isu. Siap ada yang pertikai bila ada surau yang imamnya buat 8 rakaat sahaja untuk terawikh. Tak kurang juga yang komplen kalau imam selalu baca surah panjang-panjang untuk 20 rakaat terawikh tu. Macam-macam…
Wajar ke bergaduh pasal rakaat solat terawikh ni? Jom baca pencerahan perkara ini yang dikongsi oleh Shamsuddin Kadir.