Sektor kerajaan dan swasta harus mengutamakan produktiviti berbanding tempoh lama masa bekerja, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menteri belia dan sukan berkata, dengan mengambil contoh budaya minum pagi dalam sektor kerajaan, tiada guna masuk kerja awal tetapi menghabiskan masa berborak di warung waktu itu.
“Dalam sektor kerajaan, mereka datang kerja pukul 8 pagi, 8.30 pagi kerana itu peraturan kerajaan. Tepat 8.30 mereka masuk kerja.
“Tetapi 9.30 pagi atau 10 pagi, kita tahu apa terjadi. Rehatlah, teh tarik dan macam-macam lagi.
“Bagi saya tidak penting masuk 8.30 pagi. Apa yang penting produktiviti. Lebih penting mereka menyempurnakan kerja yang diberikan,” katanya.
Khairy mengulas budaya buruk itu yang sudah lama berakar umbi ketika berucap di Sidang Modal Insan Tun Abdullah Ahmad Badawi ke-2 di sini hari ini.