Merisik adalah salah satu adat di mana pihak lelaki biasanya akan
menghantar wakil untuk bertemu dengan ahli keluarga pihak wanita
bertujuan untuk memaklumkan bahawa si lelaki berniat untuk
memperisterikan si wanita.
Merisik bukanlah rukun wajib berkahwin, ianya sekadar adat dan adab
Melayu yang sangat digalakkan supaya keluarga kedua-dua belah pihak akan
lebih kenal mengenali.
Merisik tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Tidak perlu diadakan
jamuan besar-besaran. Ianya cukup sekadar menghidangkan minuman dan
kudap-kudapan kepada rombongan yang datang merisik dan sebentuk cincin
tanda sebagai hadiah kepada si wanita.
Zaman dulu biasanya si lelaki ditegah untuk menyertai sesi merisik ini,
cukup sekadar menghantar ibubapa atau bapa dan ibu saudara untuk
mewakilkan diri si lelaki. Tetapi, kini telah berubah. Masyarakat kita
lebih terbuka dan bakal pengantin boleh bersama-sama berada di dalam
perbincangan.
Bilakah waktu yang sesuai untuk merisik? Hujung minggu? Masa musim cuti sekolah?
Melalui survey yang telah kami lakukan, Hari raya Aidilfitri adalah masa
yang sesuai merisik. Biasanya hari terbaik untuk merisik adalah 3 atau 4
hari selepas 1 Syawal. Bulan Syawal dapat menghimpunkan ahli keluarga
seperti ibu dan bapa saudara bersama. Jadi bila dah berkumpul, senang
sikit untuk bakal pengantin dan ibubapa membuat persiapan dan
perancangan untuk merisik.
6 sebab utama Hari Raya adalah hari terbaik untuk merisik adalah:
1. Hari raya merupakan musim cuti dan memudahkan untuk keluarga berkumpul
2. Sambil merisik, sambil beraya.
3. Adat merisik adalah adat warisan Melayu, maka baju raya boleh digunakan ketika merisik.
4. Biasanya promosi potongan harga barangan kemas seperti cincin
(cincin belah rotan sebagai ‘cincin tanda’) diadakan pada musim raya.
Dapat lah berjimat sikit.
5. Hari raya umumnya adalah hari semua orang bergembira. Pasti sesi merisik tersebut akan membawa kepada kejayaan.
6. Aidilfitri merupakan hari bermaaf-maafan. Mungkin sebelum ini
pengantin pernah terkasar bahasa dengan bakal mertua, jadi gunakan
peluang beraya sambil merisik ini untuk bermaafan.
Gunakanlah kesempatan ini untuk memanfaatkan peluang yang ada. SEMOGA BERJAYA! :)
Gunakanlah kesempatan ini untuk memanfaatkan peluang yang ada. SEMOGA BERJAYA! :)