Buka mata. Lihat hidup kanak-kanak Bangladesh ini. Menghela nafas
panjang saya. Mengeluh. Teringat juga di Negara sendiri, adakah
situasinya sama? Yang kes di Bangladesh ni, pelacur semuda 7 tahun
hingga 17 tahun. Kenapa? Sebab desakan hidup.
Kalau anak kita, adik kita masa berumur 7 tahun, riang gembira bersama
kawan-kawan dekat sekolah, anak gadis di Dhaka ni terpaksa melayan
lelaki hidung hitam yang sanggup mengeseks dengan kanak-kanak sebab hawa
nafsu.
Maya, 16 tahun, mengenakan lipstik di depan seorang pelanggan di
kamarnya yang kecil di Kandapara, Tangail, timur laut Bangladesh.
Di bandar Dhaka Bangladesh anak gadis yang dipaksa masuk ke dalam
kehidupan yang menghinakan pelacuran, penyeksaan dan dipaksa memakan
steroid. Di Tangail, 800 wanita termasuk remaja telah terperangkap dalam
kancah pelacuran selama bertahun-tahun.
Pekerja seks menunggu pelanggan di depan ‘biliknya’ di Bangladesh.
Pelacuran remaja adalah satu rahsia terbuka di Bangladesh walaupun ia
perbuatan yang tak berperikemanusiaan. Gadis dipaksa memakan ubat yang
digunakan untuk menggemukkan lembu yang dipanggil Oradexon. Gadis-gadis
yang terpaksa menggunakan dadah untuk “lebih kuat dan sihat”. Kasihan
betul. Agaknya di negara kita pun macam ni tak eh?
Dadah Oradexon yang digunakan untuk menggemukan lembu yang terpaksa dimakan oleh pelacur kanak-kanak ini.
"Tuan saya memaksa saya untuk mengambil tablet. Dia memukul saya dan tak memberi makanan,”
Hashi, pelacur, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun yang tinggal dengan saudara mara.
“Dia mengugut saya dan mengingatkan saya tentang hutang-hutangsaya. Pelanggan sentiasa mencari untuk anak-anak gadis yang sihat. Saya mengambil Oradexon. Saya memerlukan pelanggan, jadi saya boleh membayar bil-bil dan pinjaman saya. Saya ingin menyimpan wang untuk anak saya,” katanya.
Menurut BBC, satu tinjauan yang dijalankan oleh Action dalam dua kancah
pelacuran mendapati Oradexon untuk menjadi sangat ketagihan dan
memudaratkan. Ia mengatakan pil boleh mempunyai keberkesanannya
menjejaskan ke atas hormon-hormon, menyebabkan tekanan darah tinggi,
ruam kulit dan kerosakan hati. Dari masa ke masa, dadah boleh merosakkan
sistem imun wanita dan tiga pengguna dipercayai telah mati.
Tak mampu nak kata apa-apa. Mungkin tak ada pilihan hidup yang lebih
baik untuk mendapatkan duit dan makanan. Patutlah warga asing Bangla
kalau datang Malaysia bukan main kerja keras dia untuk cari duit. Dan
even kedai-kedai pun guna khidmat mereka dari rakyat tempatan sebabkan
kerajinan mereka.
Macam ni punya miskin sampai kanak-kanak pun dijadikan pelacur.
Sama-sama kita doakan agar mereka akan dapat keluar dari kancah
pelacuran dan pergi ke sekolah bersama anak seusia mereka. Kerana mereka
ini berhak dapat pendidikan macam orang lain.