Susulan Lelaki Meninggal Dunia Selepas Menonton Filem The Conjuring 2, Pihak Hospital Keluarkan Kenyataan Mengejutkan!!!
India- Seorang lelaki India mati selepas dia diserang sakit jantung ketika menonton filem seram The Conjuring 2.
Lelaki yang berusia 65 tahun itu dilaporkan mati selepas menonton fiem
seram itu di Sri Balasubramaniar Cinema di Tiruvannamalai, Tamil Nadu.
Times of India melaporkan, polis berkata, lelaki itu diserang sakit jantung itu ketika klimaks (bahagian paling seram) filem terbabit.
Lelaki berkenaan kemudian dihantar ke hospital terdekat oleh seorang
individu yang turut sama menonton filem tersebut namun setibanya mereka,
lelaki itu telah disahkan meninggal dunia.
Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak terhenti di situ sahaja.
Selepas disahkan meninggal, staf hospital tersebut kemudian meminta
individu itu untuk membawa mayat mangsa ke Hospital Tiruvannamalai
Goverment Medical Hospital untuk bedah siasat.
Namun, mayat lelaki itu hilang bersama-sama dengan individu terbabit.
Polis kini sedang mencari individu berkenaan dan sedang mengenalpasti mangsa.