Nama Ayda Jebat bukanlah asing lagi dalam industri hiburan tanah air.
Siapa sangka di usia yang muda, 23 tahun beliau kini telah mempunyai
atau lebih tepat dikatakan telah membeli rumah atas namanya sendiri.
Menurutnya lagi, dia telah membeli ruamhnya itu apda tahun lepas. Inilah
yang dikatakan rezeki yang tak terduga. Nama Ayda mula melonjak naik
lagi apabila dia menerima 2 anugerah di ABPBH sebagai artis paling
popular dan menerima sebagai pelakon terbaik drama.
Selain itu, Ayda memilih untuk membeli rumah di Kuala Lumpur daripada
memebeli rumah di Melaka iaitu tanah tumpah darahnya sendiri bagi
memudahkan urusan kerjanya yang kini rancak dan sibuk hari demi hari.
Namun begitu, walaupun Ayda Jebat telah membeli rumah di Kuala Lumpur
namun dia tetap kerap pulang ke kampung halamannya untuk melawat
keluarganya di sana.
Siapa sangka rezekinya untuk membeli rumah pada usia muda, sedangkan
ramai lagi di luar sana masih terkontang kanting mencari rezeki ketika
berada dalam usia beliau. Inilah yang dinamakan rezeki tak tersangka,
siapa sangka muda-mda lagi sudah dapat membeli rumah.