Kes lelaki pedofilia baru-baru ini menjadi bualan hangat dan viral di
laman sosial. Ramai yang berang dengan keadaan tersebut. Mana tidaknya,
ramai kanak-kanak Malaysia yang menjadi mangsa serangan seksual sehingga
Ibu Bapa Lepas Kemarahan Di FB Selar Jenayah Seksual Lelaki Pedofilia Terhadap Kanak-Kanak. Bagaimanapun Lelaki Pedofilia Penjenayah Seksual Kanak-Kanak Akhirnya Terima Habuan Lumayan Dari Mahkamah!
Terkini pula seorang ibu bernama Nurulainey Ab Halim melalui satu posting di laman Facebooknya meluahkan rasa marah dengan kejadian yang menimpa anaknya berumur 10 tahun.
Semuanya tercetus selepas beliau memeriksa telefon bimbit anaknya itu
dan menemui sesuatu yang amat mengejutkan di mana anaknya hampir menjadi
mangsa lelaki pedofil.
Berang dengan keadaan itu, beliau bertindak memuatnaik perbualan antara
lelaki hidung belang berkenaan dengan anaknya dimana lelaki itu dilihat
sedang mengumpan anak lelakinya itu untuk diberikan permianan game PSP
jika dia berikan gambar kemaluannya.
Pedofil berkenaan didapati memulakan perbualan bersama mangsa Februari
lepas dan berakhir pada Jun selepas 'kantoi' dengan ibu mangsa.
Jom kita baca 'screenshot' yang dimuatnaik oleh puan Nurulainey di mana perbualan lelaki berkenaan dan anaknya.
Beliau dalam pada itu, menasihatkan orang ramai dan juga ibu bapa di
luar sana supaya lebih berhati-hati dan memantau segala aktiviti anak
masing-masing terutamanya melibatkan media sosial.
Menurutnya lagi, tindakannya yang memberi telefon bimbit kepada anak
seawal usia 10 tahun turut dikecam namun baginya tindakan memberi
telefon bimbit kepada anaknya adalah kerana soal keselamatan kerana
katanya kehidupan pada masa kini yang mencabar membuatkan kedua ibu bapa
perlu bekerja, jadi masa anak-anak di rumah semasa keluar bekerja tidak
dapat dipantau, jadi baginya telefon bimbit adalah alat komunikasi
terbaik.