Pelakon Siti Saleha kini sekali lagi menjadi perhatian apabila dihentam
peminat gara-gara memuat naik gambar memakai pakaian sukan berjenama di
laman Instagram miliknya bagi mempromosikan jenama pakaian itu.

Disebabkan pakaian yang dipakai Siti Saleha begitu jelas menunjukkan
susuk tubuh dan terlampau ketat, sekaligus telah mengundang komen
jejaka-jejaka miang dan kritikan oleh pengikutnya.

Ada juga netizen yang berpendapat Siti Saleha sebenarnya tidak perlu
memuat naik gambar itu bagi menghormati bulan Ramadan. Kerana ia mampu
mengundang fitnah selain mengurangkan pahala puasa orang lain.


Hmm, mungkin Siti Saleha ada salahnya juga memuat naik gambar seperti
itu, tetapi ia juga bergantung pada cara seseorang melihat gambar
berkenaan. Tafsiran setiap orang adalah berbeza.





