Setelah hampir seminggu pihak polis memburu suspek pembunuhan wanita
hamil Nur Astiyah yang mesra di panggil dengan nama Nuri maut dikerat
tiga hingga janinnya terkeluar kini teka teki misteri pembunuhan itu
terbongkar.
Agus, 30 suami mangsa yang hilang selepas kejadian berjaya ditahan di
salah sebuah restoran “selera bunda” surabaya pada 20 april 2016 oleh
anggota polis Daerah Metro Jaya selepas menerima aduan individu yang
mendakwa melihat agus setelah gambar suspek ditampal oleh orang ramai
tersebar.
Ketika polis membuat tangkapan, suspek dilihat menangis dan bertindak
memeluk salah seorang anggota polis dengan wajah yang ketakutan.
"Sewaktu tangkapan dibuat, tiada langsung respon tindak balas dari suspek yang cuba melepaskan diri dan Agus berjaya ditangkap masuk kemudian diiringi sehingga ke kereta polis." Kata Herry.
Untuk info, Agus dipercayai membunuh isterinya yang sedang hamil 5 bulan
pada tarikh 10.04.2016 lalu dan menjual telefon bimbit Nuri kemudian
meninggalkan badan Nuri yang dikerat 3 berserta janin manakala kaki
mangsa yang dipotong dibuang oleh anak buahnya, Eri yang turut terlibat
dalam pembunuhan tersebut.
Menurut keterangan Herry, kaki Nuri yang dipotong ditemui sekitar 500 meter dari kedai telefon bimbit yang dijual oleh Agus.
Hasil bedah sisat mendapati:-
- Mangsa dianiaya sebelum dikerat tiga
- Terdapat kesan tikaman senjata parang ditemui pada badan Nuri
- Jasad janin yang dipercayai mati berumur sekitar 5 hingga ke 6 bulan.
- Kedua belah tangan dan kaki dipotong manakala kepala dan badan bercantum.
- Isi perut terburai keluar
- Mangsa dipercayai dipotong dengan gergaji di setiap bahagian sendi
- Mayat mati dalam tempoh 48 jam sebelum ditemui pihak polis