Peserta berasal dari Kelantan, Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin
membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi selepas menewaskan tiga
peserta lain untuk memenangi program realiti 'game show' Clever Girl
Malaysia (CGM).
Fatin berjaya memikat hati juri untuk mengatasi Lam Wai Chuin
(Jane dari Perak), Mary Jospehine Muhammad Houston (Mary,Pahang) dan
Arina Mohd Fairin Lum (Arina, Selangor).
Ariana pula terpilih sebagai naib juara membolehkannya membawa pulang wang tunai RM10,000.
Final CGM yang siarkan secara langsung melalui TV3 dari Sri Pentas 2,
Plaza Alam Sentral, Shah Alam, menyaksikan Jane meraih markah terendah
pada pusingan pertama dan tersingkir serta-merta.
Dua finalis yang mencatat markah rendah bertarung di pusingan kedua
dalam cabaran fizikal dengan pemenang mara ke pusingan akhir.
CGM yang dihoskan Alif Satar dan disiarkan secara langsung melalui TV3,
adalah program menampilkan 14 peserta dari 14 negeri dan hanya empat
peserta layak ke pusingan akhir selepas 10 minggu berentap.
Semua soalan kuiz CGM disediakan Mensa Malaysia (The High IQ Society).